Kelas Asas ICT, MS Word, e-Learning & Advokasi

11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT, MS Word, e-Learning dan Advokasi ini telah diadakan pada hari Jumaat, 10 Januari 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Selain itu, mereka turut diperkenalkan kepada internet dan diajar cara untuk mencari maklumat secara atas talian dengan mudah dan cepat menggunakan enjin carian Google.

Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga ribbon-ribbon penting yang selalu digunakan dalam MS Word. Mereka turut mempelajari cara untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam MS Word.

Disamping itu, para pelajar turut diperkenalkan kepada laman web belajar menaip secara atas talian iaitu typingclub.com. Melalui laman web ini, para pelajar berpeluang untuk mempelajari teknik menaip yang betul disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kepantasan menaip mereka.

Akhir sekali, para peserta diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana mereka boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Melalui laman web ini, para peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB), Mobile e-Waste dan Check Your Label.

Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini bermula pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali